bachok-19apr2007-155439.gif

:::Pusat Maklumat Rakyat(PMR):::

Laman Utama
Senarai Baginda Yang Di Petuan Agung
:::Perutusan:::
:::Carta Organisasi:::
:::PMR:::
:::Latar Belakang:::
:::Komuniti Bestari:::
:::Pautan:::
:::Aktiviti:::

Dalam Pembinaan.....................................

Isu Terkini
GOLONGAN MUDA KURANG BERMINAT UNTUK MENGUNDI

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu talam pada 28 Januari 2007 menunjukkan sesuatu yang membimbangkan apabila jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka telah merosot berbanding pilihan raya umum 2004 iaitu 76.59 peratus atau 10,866 pengundi berbanding pada tahun ini, jumlah pengundi yang keluar hanya 7,131 atau bersamaan 67.32 peratus. 



PENGGUNAAN TELEFON MUDAH ALIH BERKAMERA DILARANG PENGGUNAANYA INTERNET DI PEJABAT
Tiada lagi penggunaan mudah alih berkamera atau PDA dalam semua kawasan pejabat kerajaan yang mempunyai tahap zon kawalan keselamatan (security areas) bagi mengelakkan pengintipan. 

SKIM PELABURAN INTERNET

Ada orang Islam di negara ini sanggup mengetepikan hukum agama dengan mengambil risiko melabur di dalam skim pulangan ekspres di internet semata-mata untuk bergelar ‘Orang Kaya Baru’ atau OKB. 



NAIKKAN HARGA ROKOK SEKURANG-KURANGNYA RM10 SEKOTAK
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam mendesak kerajaan supaya mengenakan cukai jualan yang lebih tinggi supaya sekotak rokok 20 batang yang dijual di negara ini berharga sekurang-kurannya RM10.

ISU-ISU PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) IJOK
Menjelang setiap pilihan raya terutama pilihan raya kecil pasti timbul pelbagai isu tidak kira daripada pembangkang atau daripada parti Barisan Nasional (BN) sendiri.

ARTIKEL MAJALAH READER’S DIGEST : KEDUDUKAN KUALA LUMPUR DALAM KAJIAN TAHAP SOSIAL BANDAR-BANDAR UTAMA DUNIA

Majalah Reader’s Digest merupakan antara majalah pasaran antarbangsa yang terkenal telah mengeluarkan sebuah artikel berkaitan dengan kajian mengenai tahap sosial di bandar-bandar utama dunia. 



GURU BERSATU TOLAK PTD
Semua kesatuan, pertubuhan dan badan dalam perkhidmatan pelajaran menolak kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kerana ia dilihat boleh menyekat kenaikan pangkat guru.

PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) IJOK
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 April ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dan sekiranya terdapat pertandingan, hari pengundian akan berlangsung pada 28 April.  Kerusi DUN Ijok kosong berikutan kematian Datuk K. Sivalingam di India akibat serangan jantung sejurus tiba di Lapangan Terbang Chennai pada 4 April lalu.

HADKAN 12 SUBJEK DALAM PEPERIKSAAN SPM
Kementerian Pelajaran tidak menggalakkan pelajar mengambil terlalu banyak mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana bimbang akan berlaku pertindihan jadual peperiksaan.

KEBIMBANGAN PENULARAN WABAK JE DI TUNDAN, MIRI
Sebanyak 11 kes penyakit Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan telah dikesan di Sarawak sehingga awal Mac lalu.  Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, enam kes dilaporkan berlaku di Betong, Sarikei dan Sri Aman.  

MENGGALAKKAN SISWAZAH BEKERJA DI LUAR NEGARA DALAM SEKTOR SWASTA
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said telah mengeluarkan kenyataan menggalakkan lepasan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia bekerja di negara-negara ASEAN bagi mengurangkan pengangguran siswazah di negara ini yang kini mencecah 59,000 orang.

CADANGAN KENAIKAN GAJI POLIS
Sempena ulang tahun pasukan polis ke-200, satu kertas cadangan penstrukturan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini dalam proses semakan untuk kelulusan.  Cadangan kenaikan gaji pokok anggota dan pegawai PDRM itu didapati 20 peratus lebih tinggi daripada kakitangan sektor awam lain. 

MASIH RAMAI GOLONGAN MUDA BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenalpasti seramai 4.9 juta orang rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi sehingga Disember tahun lalu.  Daripada jumlah ini, 70 peratus adalah terdiri daripada golongan muda yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun. 

SISTEM GANTRI KUTIP TOL
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kaunter tunai, Touch ’n’ Go dan Smart Tag yang digunakan untuk pembayaran di plaza-plaza tol lebuh raya sekarang akan dihapuskan apabila siapnya sistem gantri mulai tahun hadapan.

KENYATAAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU RASUAH
Kebelakangan ini laporan di media sering kali melaporkan isu dakwaan rasuah ke atas beberapa individu termasuk Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Zulkipli Mat Noor.

TARIK STATUS PENDUDUK TETAP (PR) JIKA

Jabatan Imigresen memberi amaran kepada mereka yang mempunyai status Penduduk Tetap (PR) agar tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang negara.

 


PILIHAN RAYA KECIL DUN MACHAP
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Machap terletak dalam Kawasan Parlimen P.135 Alor Gajah.  Ekoran daripada kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Machap iaitu mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Machap, melaka pada 3 April 2007 akan diadakan jika ada pertandingan. 

PELATIH PLKN YANG INGKAR SAHAJA DIKENAKAN TINDAKAN

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menjelaskan tindakan undang-undang hanya akan dikenakan terhadap pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sengaja ingkar daripada menyertai program itu.  Sebaliknya, mereka yang mempunyai alasan kukuh akan dikecualikan daripada tindakan seumpamanya itu.

 


WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN BEKALAN GULA
Wilayah Persekutuan Labuan menghadapi masalah kekurangan bekalan gula.  Masalah ini berpunca daripada kelewatan penghantaran bekalan gula dari pelabuhan Klang yang sepatutnya sampai sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang lalu.

TV PERLU AMBIL KIRA SENSITIVITI AGAMA
Dato’ Sri Najib Tun Razak menggesa stesen televisyen di negara ini mengambil kira soal sensitiviti kaum dan agama serta mengelakkan sebarang kontroversi apabila menyiarkan sebarang program untuk tatapan masyarakat.   

PENDEDAHAN KES RASUAH MELIBATKAN ORANG KENAMAAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan beberapa teras yang harus dipatuhi oleh seluruh rakyat di negara ini sama ada di kalangan kakitangan awam, pemimpin-pemimpin politik mahupun orang ramai supaya sentiasa meningkatkan integriti, membanteras penyelewengan dan mengelakkan amalan rasuah.

PENGHARAMAN IKLAN MAKANAN SEGERA
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini mengumumkan bahawa cadangan pemberhentian iklan makanan segera akan dikemukakan ke Kabinet secepat mungkin. Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein mengenai kemungkinan menghentikan penjualan makanan segera di kantin-kantin sekolah. 

ISU PERMIT IMPORT (AP)
Tiada permit import (AP) baru yang dikeluarkan.  Itulah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.  Namun demikian kenyataan ini seolah-olah bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri 

PELAJAR WAJIB GUNA PERMOHONAN DALAM TALIAN KE IPTA 2008
Semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diwajibkan membuat permohonan melalui aplikasi secara dalam talian mulai sesi 2008/2009. 

KETAGIHAN AIR TUAK MASAM DI KALANGAN BELIA DI KELANTAN
Budaya menagih tuak masam dikesan di Kelantan pada awal tahun 2007 dan dilihat semakin menular di kalangan belia sehingga melibatkan pelajar sekolah rendah.  Daerah-daerah yang dikenalpasti terlibat secara berleluasa dengan masalah ini ialah di Bachok, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Jeli, Kota Bharu dan Tanah Merah.

PEJABAT PENERANGAN DAERAH BACHOK ,

JKR 215, Jalan Nipah, 16300 Bachok, Kelantan
Tel: 09-7788317  Fax: 09-7782398
Email: penbachok@inform.gov.my